>
Fa   |   Ar   |   En
   PEMODELAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE)  
   
نویسنده BARU SAIFUL AFZAN ,ABDULLAH LAZIM ,ALI AZWADI ,YUSOFF HAFIZ
منبع journal of business and social development - 2014 - دوره : 2 - شماره : 2 - صفحه:36 -47
چکیده    E-pembelajaran dan aplikasi telah berkembang secara mendadak di dalam sistem pendidikan malaysia. ia meningkatkan kemudahan mengakses maklumat untuk pembelajaran bagi pelajar. virtual learning environment (vle) merupakan satu inisiatif kementerian pendidikan dan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh malaysia. kajian ini meneliti penerimaan pelajar terhadap vle menggunakan penambahan pemboleh ubah terhadap model unified theory of acceptance and use of technology (utaut). objektif kajian ini adalah untuk memodelkan penerimaan pelajar terhadap vle dengan menggunakan pemboleh ubah utaut seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan. dua pemboleh ubah ditambah iaitu pengaruh guru dan keberkesanan diri terhadap model utaut sebagai alternatif kepada kajian penerimaan teknologi ini. sebanyak 275 soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar di dalam daerah marang dan terengganu dengan 250 soal selidik telah digunakan untuk dianalisis. kajian ini menggunakan tatakaedah kuasa dua terkecil separa (kdts) menggunakan perisian smartpls, untuk mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah endogen dan pemboleh ubah eksogen. keputusan analisis kdts menunjukkan pemodelan menyokong tiga hipotesis kajian pada paras signifikan 0.05 (nilai t> 1.96). perkaitan antara konstruk-konstruk kajian adalah signifikan secara statistik sementara tiga hipotesis iaitu jangkaan prestasi dan keberkesanan diri tidak mempengaruhi terhadap penggunaan vle serta pemboleh ubah keadaan kemudahan tidak mempengaruhi terhadap pemboleh ubah penggunaan tingkah laku. ringkasnya, penambahan pemboleh ubah model utaut adalah sah dari segi statistik dan memberikan penunjuk yang jelas terhadap penerimaan pelajar terhadap vle. kajian ini mendapati pengaruh guru adalah faktor penting terhadap penerimaan teknologi. walaupun begitu model utaut masih relevan digunakan sebagai penerimaan teknologi. kajian ini mencadangkan agar pihak berkaitan seperti kementerian pendidikan malaysia mesti mengambil langkah proaktif untuk memastikan kejayaan vle.
کلیدواژه VLE ,Kuasa Dua Terkecil Separa ,UTAUT ,penerimaan teknologi.
آدرس Universiti Malaysia Terengganu, Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan, Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan, Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim, Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved