|
|
FAKTOR PENENTU KEPADA NIAT BERHENTI KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA HOTEL DI KUALA TERENGGANU
|
|
|
|
|
نویسنده
|
mohamad nurul hakimah ,salleh munir ,ahmad azlinzuraini
|
منبع
|
journal of business and social development - 2019 - دوره : 7 - شماره : 1 - صفحه:55 -65
|
چکیده
|
Niat berhenti kerja telah menjadi kebimbangan utama dalam kalangan industri hotel kerana kesannya terhadap prestasi keseluruhan organisasi. pekerja industri hotel sangat tertekan oleh tugas yang mencabar dan persekitaran kerja. tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor peramal kepada niat berhenti kerja dalam kalangan pekerja di industri hotel di kuala terengganu, malaysia. kajian ini membangunkan kerangka konseptual untuk menjelaskan bagaimana pemboleh ubah bebas seperti upah dan gaji, persekitaran kerja, kepercayaan kepada rakan sekerja, tekanan kerja dan kepuasan kerja dapat memberi kesan kepada niat berhenti kerja iaitu pembolehubah bersandar. populasi kajian ini seramai 646 orang yang bekerja di 19 hotel di kuala terengganu, malaysia. daripada populasi sasaran, 277 pekerja telah dikenal pasti melalui persampelan rawak berstrata. data telah dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dari pelbagai jabatan. hasil kajian menunjukkan semua faktor kecuali tekanan kerja memberi kesan yang signifikan ke atas niat berhenti kerja di mana faktor persekitaran kerja merupakan faktor terpenting. penemuan kajian ini boleh digunakan oleh pengurusan hotel untuk mengkaji semula polisi pengurusan sumber manusia berkaitan dengan gaji dan upah, membangunkan persekitaran kerja yang mengutamakan kebajikan pekerja dan mengukuhkan hubungan antara pekerja.
|
کلیدواژه
|
Pekerja Hotel ,Faktor Penentu ,Niat Berhenti Kerja ,Kuala Terengganu
|
آدرس
|
universiti malaysia terengganu, pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Malaysia, universiti malaysia terengganu, pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Malaysia, universiti malaysia terengganu, pusat pengajian perniagaan dan pengurusan maritim, Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Authors
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|