>
Fa   |   Ar   |   En
   PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH, KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)  
   
نویسنده mohd asaad mohd norhasni ,saad rohaizah ,ahmad mohd akhir ,iteng rosman
منبع journal of business and social development - 2018 - دوره : 6 - شماره : 2 - صفحه:32 -45
چکیده    Sejajar dengan perkembangan global, kerajaan malaysia melalui unit pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan malaysia (mampu) telah merancang langkah-langkah untuk mengubah perkhidmatan awam bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan. terdapat usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan amalan 5s. walaupun banyak kajian telah dijalankan dan dibincangkan oleh penyelidik, terutamanya dalam menerima pakai kaedah pengurusan jepun seperti 5s, ia masih belum menemui kesimpulan konkrit mengapa beberapa organisasi menghadapi kegagalan. tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan 5s di kalangan staf pentadbiran di universiti utara malaysia (uum). kajian ini menggunakan item response theory (irt) untuk memeriksa tahap pelaksanaan 5s. model rasch dengan perisian winsteps 3.6 telah digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara yang sukar. soal selidik dalam talian telah diedarkan secara rawak kepada staf pentadbiran. dapatan kajian ini dapat membangunkan suatu profil amalan 5s di mana ia menunjukkan bahawa kejayaan pelaksanaan 5s boleh dipertingkatkan dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan penambahbaikan yang berterusan.
کلیدواژه 5S ,Prestasi perkhidmatan ,Model Rasch
آدرس universiti utara malaysia, Malaysia, universiti utara malaysia, Malaysia, universiti utara malaysia, Malaysia, universiti utara malaysia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved