>
Fa   |   Ar   |   En
   STRATEGI PENDIDIKAN HATI KE HATI: PENGALAMAN DI PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM (ISDEV), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA  
   
نویسنده
منبع jurnal kemanusiaan - 2015 - دوره : 24 - شماره : 3 - صفحه:40 -63
چکیده    Isdev ialah singkatan nama bagi pusat kajian pengurusan pembangunan islam di universiti sains malaysia (usm), pulau pinang, malaysia. isdev hanya bermula dengan sebuah projek yang kini mempunyai hanya lapan orang pensyarah. namun begitu, isdev telah berkembang daripada satu peringkat kepada satu peringkat dengan memberangsangkan. sekarang isdev telah dinaik taraf menjadi sebuah pusat kajian kecemerlangan penyelidikan. salah satu faktor penting usm mempertimbangkan naik taraf ini ialah kerana bilangan pelajarnya yang telah meningkat hingga melebihi 200 orang walaupun pensyarahnya berjumlah enam orang sahaja3. bagaimanakah isdev boleh menarik begitu ramai pelajar walaupun dengan bilangan pensyarah yang sedikit? sebagai seorang yang pernah bergelar pelajar siswazah isdev dan kini pensyarah di isdev, penulis meyakini bahawa salah satu sebabnya ialah kerana pemakaian pedagogi pendidikan yang dinamakan pendidikan hati ke hati. artikel ini berhasrat menganalisis strategi pendidikan hati ke hati yang diamalkan di isdev ini. berdasarkan kaedah penyelidikan kepustakaan, pengamatan penyertaan dan temubual bertujuan, hasrat ini cuba dicapai melalui dua peringkat. peringkat pertama ialah penelitian amalan pengajaran dan pembelajaran hati ke hati di isdev. peringkat kedua pula ialah penganalisisan terhadap elemen-elemen pendidikan hati ke hati ini dengan tujuan meneliti kemungkinan untuk turut digunakan oleh institusi pendidikan islam yang lain.
کلیدواژه Pendidikan Islam ,Strategi Pendidikan Islam ,Pembangunan Hati ,Pendidikan Hati ke Hati ,Pembangunan Berteraskan Islam
آدرس
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved