>
Fa   |   Ar   |   En
   TEKANAN KERJA DALAM ORGANISASI KEPOLISAN: TINJAUAN DALAM PERSPEKTIF KECERDASAN EMOSI  
   
نویسنده Baker Rogis ,Ibrahim Hazril Izwar
منبع jurnal kemanusiaan - 2014 - شماره : 23 - صفحه:1 -24
چکیده    Tekanan merupakan satu keadaan yang tidak dapat dielakkan dalam pekerjaan terutamanya dalam organisasi kepolisan. bukti impirikal menyatakan bahawa kerjaya kepolisan adalah pekerjaan yang paling tertekan berbanding dengan pekerjaan yang lain kerana kerjaya ini melibatkan tugasan yang mempunyai impak tekanan terhadap mental dalam kalangan pegawai polis. artikel ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu tekanan kerja, punca dan kesan daripada tekanan kerja dan hubungkait antara tekanan kerja dengan kecerdasan emosi dalam organisasi kepolisan. kajian impirikal telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan tekanan kerja di mana kecerdasan emosi merupakan komponen yang penting dalam mengurangkan tahap tekanan kerja dalam kalangan pegawai polis. oleh itu, pengetahuan terhadap tahap tekanan kerja dalam kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi adalah amat penting bagi memastikan langkah-langkah yang berkesan dapat diambil untuk mengurangkan tekanan kerja dan kesannya dalam organisasi tersebut dengan menggunakan elemen-elemen kecerdasan emosi.
آدرس Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Pengurusan, Malaysia
پست الکترونیکی hazrili@yahoo.com
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved