>
Fa   |   Ar   |   En
   PERBANDINGAN TENTANG KONSEP KEMISKINAN PENDEKATAN KONVENSIONAL DAN ISLAM  
   
نویسنده Nor Radieah Mohd
منبع jurnal kemanusiaan - 2013 - شماره : 21 - صفحه:1 -20
چکیده    Masalah kemiskinan tidak putus-putus walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. penulisan ini cuba mencari punca kepada permasalahan ini dengan kembali kepada dimensi yang paling asas. dimensi yang dimaksudkan ini ialah konsep kemiskinan itu sendiri. apakah mungkin permasalahan kemiskinan selama ini tidak dapat diselesaikan kerana konseptualnya tidak tepat? oleh kerana konsep kemiskinan dari perspektif konvensional telah banyak dibincangkan, artikel ini menumpukan kepada konsep kemiskinan dari perspektif islam. ia dibina bermula dengan analisis kritis terhadap konsep kemiskinan konvensional, kemudian menghubungkannya dengan jawapan kenapa selama ini permasalahan ini tidak dapat diselesaikan dengan konsep kemiskinan tersebut. konsep kemiskinan dari perspektif islam dan hubungannya dengan keupayaan mengatasi masalah kemiskinan ini kemudian dijadikan fokus perbincangan artikel ini. ia merumuskan bahawa konseptual memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan. tepat konseptual maka tepatlah usaha mengatasinya. kegagalan usaha mengatasi masalah kemiskinan selama ini adalah berpunca daripada ketidaktepatan konsep kemiskinan yang dikemukakan dari perspektif konvensional.
کلیدواژه Poverty ,concept
آدرس Universiti Sains Malaysia, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved