>
Fa   |   Ar   |   En
   PROSES KOGNITIF, PEMBUATAN KEPUTUSAN DAN PEMILIHAN KERJAYA. KAJIAN EMPERIKAL MENGGUNAKAN PERSPEKTIF PETA KOGNITIF  
   
نویسنده Ahmad Rusli ,Mansor Nur Naha
منبع jurnal kemanusiaan - 2012 - شماره : 20 - صفحه:69 -83
چکیده    Kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses kognitif yang terlibat di dalam pembuatan keputusan berkaitan pemilihan kerjaya di kalangan graduan. kajian dijalankan terhadap 74 graduan luar bandar yang mengikuti program latihan sebagai persiapan untuk mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang kian mencabar. pendekatan penyelidikan berbentuk penerangan dan penghuraian (explanatory) adalah digunakan sementara teknik pungutan data yang digunakan adalah soal selidik tertutup dan terbuka. data dianalisa menggunakan analisis kandungan (content analysis) untuk mengenalpasti kata kunci, tema-tema atau pola-pola pendapat graduan berkaitan pembuatan keputusan yang dijalankan. sebanyak 52 soalselidik yang lengkap telah dianalisa. dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar pengajian tinggi di sabah yang dikaji membuat keputusan untuk bekerja sendiri (76.9%) dari memilih untuk bekerja dengan sektor kerajaan (7.6%), kerja dengan swasta (9.6%), kerja makan gaji (0.0%) atau sebagai pelabur (05.7%). pelbagai sebab telah diberikan dan empat peta kognitif secara kumpulan telah dikenalpasti. kajian ini menjelaskan sebab-sebab khusus berkaitan pemilihan keputusan terhadap sesuatu kerjaya. adalah diharap kajian yang lebih mendalam dapat dijalankan terhadap kumpulan graduan yang lain. kajian berbentuk kuantitatif yang melibatkan lebih ramai responden adalah juga dicadangkan dan diharap generalisi yang kukuh berkaitan isu yang dikaji akan dapat dibuat.
کلیدواژه graduan ,pembuatan keputusan ,pemilihan kerjaya ,peta kognitif
آدرس Universiti Malaysia Sarawak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Kemanusiaan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved