>
Fa   |   Ar   |   En
   Hubungan di antara emosi pekerja dan luapan emosi: Kajian empirikal di sebuah universiti awam  
   
نویسنده Ismail Azman
منبع jurnal kemanusiaan - 2012 - شماره : 19 - صفحه:26 -40
چکیده    Literatur gelagat organisasi mengketengahkan bahawa emosi pekerja mempunyai dua ciri utama: emosi tersirat dan emosi tersurat. kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendapati bahawa kebolehan pekerja mengurus kedua-dua elemen emosi tersebut secara teratur dapat mengurangkan luapan emosi. sifat perhubungan ini adalah penting, tetapi peranan tekanan kerja sebagai peramal luapan emosi adalah kurang diberi penekanan dalam model emosi pekerja. oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan emosi pekerja ke atas luapan emosi menggunakan 103 borang soal selidik yang dikumpulkan daripada pensyarah yang berkhidmat di sebuah universiti awam, malaysia timur, malaysia. keputusan analisis korelasi pearson menunjukan dua dapatan penting: pertama, emosi tersirat tidak mempunyai korelasi yang signifikan dengan luapan emosi. kedua, emosi tersurat mempunyai korelasi yang signifikan dengan luapan emosi. dapatan kajian mengesahkan bahawa emosi tersirat tidak berupaya menjadi peramal yang berkesan untuk mengurangkan luapan emosi, manakala emosi tersurat berupaya menjadi peramal yang berkesan untuk mengurangkan luapan emosi. justeru itu, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan dalam kertas kajian ini.
کلیدواژه Emosi Dalaman ,Emosi Luaran ,Luapan Emosi
آدرس Universiti Malaysia Sarawak, Fakulti Sains Sosial & Pembangunan Manusia, Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Fakulti Sains Sosial & Pembangunan Manusia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved