>
Fa   |   Ar   |   En
   Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: Satu kajian di sebuah penguasa tempatan  
   
نویسنده Ismail Azman ,John Cindy ,Boerhannoeddin Ali ,Rasip Osman Md ,Wan Ismail Wan Khairuzzaman
منبع jurnal kemanusiaan - 2012 - شماره : 19 - صفحه:11 -26
چکیده    Literatur gelagat organisasi melaporkan bahawa kajian dahulu banyak menghuraikan dimensi dalaman kepuasan kerja, iaitu kepuasan kerja intrinsik dan kepuasan kerja ekstrinsik. agak mengejutkan apabila kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. sifat perhubungan ini adalah penting, tetapi peranan kepuasan kerja sebagai peramal keinginan untuk berhenti kerja adalah kurang diberi penekanan dalam model kepuasan kerja. oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja ke atas keinginan pekerja untuk berhenti kerja menggunakan 150 borang soalselidik yang telah dikumpul daripada pekerja yang berkhidmat di dewan bandaraya kota kinabalu, sabah, malaysia. keputusan analisa regresi “stepwise” menunjukan dua dapatan penting: pertama, kepuasan kerja intrinsik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. kedua, kepuasan kerja ekstrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. dapatan kajian ini mengesahkan bahawa tahap kepuasan kerja intrinsik yang tinggi tidak berupaya untuk mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. sebaliknya, tahap kepuasan kerja ekstrinsik yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. seterusnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan dalam kertas kerja ini.
کلیدواژه Kepuasan kerja intrinsik ,kepuasan kerja ekstrinsik ,keinginan pekerja untuk berhenti kerja
آدرس Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved