>
Fa   |   Ar   |   En
   Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis  
   
نویسنده Mahamad Mokhtar ,Tahir Izah Mohd
منبع jurnal kemanusiaan - 2010 - شماره : 16 - صفحه:44 -61
چکیده    Kajian rintis ini bertujuan mengkaji persepsi pelanggan bukan islam terhadap perbankan islam. data dikumpul melalui kaedah soalselidik yang diedarkan secara persampelan rawak kepada pelanggan- pelanggan bukan islam dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. hasil kajian rintis yang telah dilakukan di sekitar kuala terengganu mendapati kebanyakan pelanggan masih lagi mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai perbankan islam dengan sumber pengetahuan mereka yang utama adalah akhbar dan televisyen. sebahagian besar responden tidak yakin perbankan islam dapat menyaingi perbankan konvensional dan ramai juga responden yang belum menggunakan perbankan islam turut menyatakan tidak berminat untuk menggunakan perbankan islam. kajian rintis ini juga mendapati faktor-faktor penting yang mempengaruhi pelanggan- pelanggan bukan islam dalam pemilihan bank ialah faedah yang tinggi, tabungan yang selamat, perkhidmatan yang cepat dan efisyen, transakasi yang cepat, dan kualiti perkhidmatan. produk perbankan islam yang mendapat sambutan pelanggan bukan islam ialah akaun simpanan, pelaburan dalam saham dan kad kredit.
کلیدواژه Perbankan Islam ,Pelanggan bukan Islam ,pengetahuan ,produk ,faktor pemilihan
آدرس Universiti Sultan Zainal Abidin, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved