|
|
Nilai, sikap dan amalan pegawai kanan institut pengajian tinggi terhadap program pembangunan usahawan siswa
|
|
|
|
|
نویسنده
|
Mamat Ibrahim ,Wan Nawang Wan Mohd Zaifurin ,Binti Ramli Noorun Nashriah
|
منبع
|
jurnal kemanusiaan - 2009 - شماره : 14 - صفحه:96 -115
|
چکیده
|
Sejak kebelakangan ini, pendidikan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi di seluruhdunia menjadi semakin popular. di malaysia, pendidikan keusahawanan menjadi pentingdalam masa yang singkat kerana negara sedang menghadapi masalah penggangguran dikalangan graduat. program pembangunan usahawan siswa (ppus) di institut pengajian tinggi(ipt) ditaja oleh kementerian pembangunan usahawan dan koperasi (mecd). matlamatprogram ini ialah untuk memupuk minat perniagaan di kalangan pelajar dan seterusnyamemilih kerjaya keusahawanan apabila mereka tamat pengajian nanti. walaupun sudah ramaisiswa dilatih, hanya 2.3 peratus graduat memilih kerjaya usahawan. objektif kajian ini ialahuntuk mengukur nilai, sikap dan amalan pegawai kanan ipt terhadap ppus. data dikumpulmelalui satu set borang soal selidik. soal selidik dihantar kepada responden melalui email.analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data kualitatif dan korelasi pearson ‘r’digunakan untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. seramai 35 orang pegawai kanandari tujuh buah institusi pengajian tinggi awam (ipta) telah menjadi responden kajian.majoriti responden menyandang jawatan sebagai dekan dan mereka tidak ada pengalamanperniagaan. responden mempunyai persepsi yang sederhana tinggi terhadap bidangkeusahawanan sebagai kerjaya pilihan. pegawai kanan tidak yakin bahawa bidangkeusahawanan dapat menjamin masa depan pelajar. sebaliknya, nilai responden terhadapppus berada di tahap yang tinggi manakala sikap dan amalan mereka dalam menyokongprogram keusahawanan berada di tahap sederhana tinggi sahaja. kajian ini mengemukakanbeberapa cadangan bagi menjayakan pendidikan keusahawan di peringkat universiti.
|
|
|
آدرس
|
Universiti Malaysia Terengganu, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Authors
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|