>
Fa   |   Ar   |   En
   Pelaporan kewangan menerusi internet: persepktif teori kontingensi  
   
نویسنده Khan Mohd Noor Azli bin Ali ,bin Ismail Noor Azizi
منبع jurnal kemanusiaan - 2009 - شماره : 14 - صفحه:68 -84
چکیده    Penyelidikan terhadap pelaporan kewangan menerusi internet (pkmi) merupakan satu bidang yang amat penting untuk diselidiki. hasil penelitian ulasan karya lepas menunjukkan bahawa penyelidikan pkmi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: kajian satu negara, kajian beberapa negara dan kajian peringkat antarabangsa. secara metodologi pula, penyelidikan pkmi boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu: kajian deskriptif, kajian perbandingan dan kajian penerokaan. artikel ini cuba mengkaji berkemungkinan bahawa faktor kontingensi boleh dilihat sebagai salah satu faktor penentu yang mempengaruhi praktis pkmi oleh syarikat. antara faktor kontingensi yang dijangka mempengaruhi praktis pkmi ialah risiko, teknologi dan strategi pelaporan. model kontingensi sistem pelaporan kewangan korporat sepertimana diutarakan oleh thomas (1991) digunakan sebagai asas untuk mencadangkan kerangka kerja penyelidikan yang berkaitan pkmi. justeru, selain karakter spesifik syarikat, faktor kontingensi dilihat turut berupaya mempengaruhi praktis pkmi dan ini memerlukan pembuktian secara empirikal.
کلیدواژه faktor kontingensi ,karakter spesifik syarikat dan pelaporan kewangan menerusi Internet
آدرس Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Kolej Perniagaan (Perakaunan), Malaysia
پست الکترونیکی azizi833@uum.edu.my
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved