>
Fa   |   Ar   |   En
   Komitmen kakitangan sebagai pemoderat hubungan antara amalan pengurusan kualiti dan kepuasan pelanggan  
   
نویسنده Yaacob Zulnaidi
منبع jurnal kemanusiaan - 2009 - شماره : 14 - صفحه:1 -19
چکیده    Kajian ini bertujuan menguji kesan komitmen kakitangan sebagai pembolehubah pemoderat untuk menjelaskan hubungan antara amalan pengurusan kualiti (apk) dan kepuasan pelanggan. pembolehubah kontigensi yang diuji dalam kajian ini ialah komitmen kakitangan. berdasarkan data yang dikutip menggunakan soal selidik daripada 205 responden dari pihak berkuasa tempatan (pbt) di malaysia, kajian ini mendapati bahawa komitmen kakitangan terhadap apk mempengaruhi hubungan antara apk dan kepuasan pelanggan. hasil kajian ini memberi sumbangan signifikan kepada literatur pengurusan kualiti dengan membuktikan bahawa hubungan antara apk dan prestasi adalah turut dipengaruhi oleh faktor kontigensi dalaman sesebuah organisasi. justeru, walaupun apk telah dipersetujui oleh banyak pengkaji sebagai strategi pengurusan yang universal, pelaksanaannya perlu mengambilkira keunikan faktor kontigensi sesebuah organisasi
آدرس Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved