>
Fa   |   Ar   |   En
   Hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem  
   
نویسنده Binti Yahya Suriyani ,Yahya Fatahyah ,Roose Aina Razlin Mohammad
منبع jurnal kemanusiaan - 2009 - شماره : 13 - صفحه:30 -45
چکیده    Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem. kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di markas 3 briged kem penrissen kuching, sarawak.. ujian–t tidak bersandar dan ujian anova sehala digunakan untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan antara faktor demografi dengan self-esteem. dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan self-esteem dan pangkat dengan self-esteem. hanya faktor demografi jantina yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan selfesteem. pengkaji mendapati hubungan yang wujud antara perkahwinan dengan self-esteem adalah tidak linear, maka pekali spearman rho telah digunakan untuk menguji hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perkahwinan dengan self-esteem. pekali pearson product-moment pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. hasil dari penganalisisan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem.
آدرس Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved