>
Fa   |   Ar   |   En
   Burnout dan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat hospital  
   
نویسنده Ayub Norzihan ,Bahari Ferlis ,Baco Beddu Salam
منبع jurnal kemanusiaan - 2008 - شماره : 12 - صفحه:73 -86
چکیده    Kajian ini melihat burnout dan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat hospital. seramai 122 orang jururawat dari hospital queen elizabeth yang pelbagai pangkat telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada maslach burnout inventory (mbi) dan organizational commitment questionaire (ocq). data dianalisis menggunakan korelasi pearson, ujian-t sampel bebas dan anova sehala menggunakan program spss. keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara burnout dan tiga aspeknya iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi dengan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan jururawat hospital queen elizabeth. keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan burnout, keletihan emosi dan komitmen terhadap organisasi mengikut tempoh perkhidmatan. di samping itu, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan antara keletihan emosi dan depersonalisasi dalam kalangan jururawat mengikut bangsa. sebaliknya, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan burnout dan tiga aspeknya mengikut status perkahwinan, tempat bertugas dan waktu bertugas. keputusan juga mendapati tidak terdapat perbezaan komitmen terhadap organisasi mengikut status perkahwinan, bangsa, tempat bertugas dan waktu bertugas. implikasi kajian turut dibincangkan.
آدرس Universiti Malaysia Sabah, Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial, Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial, Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved