>
Fa   |   Ar   |   En
   Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan  
   
نویسنده Zookefli Zuliana ,Nor Khalil Md
منبع jurnal kemanusiaan - 2008 - شماره : 11 - صفحه:68 -79
چکیده    Globalisasi telah meningkatkan tahap persaingan perniagaan. daya saing sesebuah organisasi bukan lagi bergantung kepada kadar buruh yang murah dan polisi perlindungan daripada pihak kerajaan. ramai berpendapat teknologi merupakan kompetensi utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi untuk terus bersaing dan keupayaan teknologi dalam mengangkat daya saing sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pengurusan pengetahuan. antara komponen penting dalam pengurusan pengetahuan adalah perkongsian pengetahuan. kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dan tahap perkongsian pengetahuan. elemen budaya organisasi yang dikaji meliputi kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur organisasi. seratus borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana di empat buah fakulti di universiti teknologi malaysia. data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah regresi berganda. hasil analisis menunjukkan bahawa komunikasi antara pekerja dan kepercayaan memberi kesan positif yang signifikan kepada perkongsian pengetahuan. cadangan akademik dan praktikal diutarakan.
کلیدواژه pengurusan pengetahuan ,perkongsian pengetahuan ,budaya organisasi
آدرس Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Malaysia
پست الکترونیکی m-khalil@utm.my
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved