>
Fa   |   Ar   |   En
   MOTIVASI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PEMBELAJARAN BAHASA PERANCIS  
   
نویسنده saharudin nur sharydatul elyza ,mustapha nik farhan ,abdul halim hazlina ,bolong jusang
منبع jurnal kemanusiaan - 2017 - دوره : 15 - شماره : 1 - صفحه:13 -17
چکیده    Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) dalam aktiviti pembelajaran bahasa perancis terhadap motivasi dalam kalangan pelajar universiti. subjek kajian berjumlah 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar pelbagai bidang pengkhususan di universiti putra malaysia, yang mempelajari bahasa perancis sebagai mata pelajaran elektif di fakulti bahasa moden dan komunikasi. soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian statistical package for social science 19 (spss 19). hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar daripada kedua-dua kumpulan kajian adalahsederhana dan tiada perbezaan motivasi yang signifikan di antara kumpulan eksperimen yang menggunakan ict dan kumpulan kawalan yang menggunakan peralatan dan sumber konvensional. kesimpulannya, penggunaan ict dalam aktiviti pembelajaran tidak memberi kesan atau anjakan lebih positif ke atas motivasi pelajar dan berkemungkinan terdapat faktor atau sumber lain yang mempengaruhi motivasi pelajar selain daripada penggunaaan teknologi dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
کلیدواژه ICT ,motivasi ,pembelajaran bahasa asing ,Bahasa Perancis
آدرس universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia, universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia, universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia, universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved