>
Fa   |   Ar   |   En
   MENGAPA GURU PELATIH BIMBANG UNTUK BERTUTUR DALAM KELAS BAHASA ARAB?  
   
نویسنده hamzah abdullah ,mustapha nik farhan ,pauzi che radiah mezah ,حذف شود wan muhammad wan ,sulong wan muhammad wan
منبع jurnal kemanusiaan - 2017 - دوره : 15 - شماره : 1 - صفحه:1 -6
چکیده    Kebimbangan merupakan salah satu faktor yang amat mempengaruhi kemampuan pelajar semasa mempelajari bahasa asing, malah kemahiran bertutur dibuktikan oleh kajian lepas sebagai kemahiran yang paling banyak dipengaruhi oleh faktor ini. dalam konteks kajian bahasa arab, banyak dapatan yang menunjukkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini. oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kebimbangan dalam bertutur yang dialami oleh guru pelatih bahasa arab di institut pendidikan guru kampus pendidikan islam ketika mempelajari kemahiran bertutur. seramai 11 orang pelajar program ijazah sarjana muda pendidikan (pismp) yang sedang mengikuti kelas (bamb3013) dipilih sebagai responden kajian. kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini memperoleh data melalui 66 buah catatan diari pelajar, yang kemudiannya dianalisis berdasarkan teori kebimbangan kelas bahasa. dapatan kajian mendapati kebimbangan untuk bertutur melibatkan keresahan komunikasi, takut penilaian negatif, serta kebimbangan ujian. kebimbangan ini berlaku berpunca dari dalam diri guru pelatih, bentuk aktiviti bertutur yang dijalankan serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh rakan-rakan dan juga pensyarah.
کلیدواژه kebimbangan bahasa ,kemahiran bertutur ,bahasa Arab ,catatan diari ,guru pelatih
آدرس universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, malaysia, universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, malaysia, universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, malaysia, universiti putra malaysia (upm serdang), fakulti bahasa moden dan komunikasi, malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved