|
|
KAHERAH SEBAGAI PUSAT PERCETAKAN KARYA MELAYU-ISLAM, 1880-AN HINGGA 1960-AN (Cairo as Printing Centre of Islamic-Malay Literary Works, 1880s to 1960s)
|
|
|
|
|
نویسنده
|
|
منبع
|
jurnal al-tamaddun - 2014 - دوره : 9 - شماره : 1 - صفحه:15 -31
|
چکیده
|
Kemunculan mesin percetakan merupakan salah satu mercu tanda penting dalam sejarah perkembangan intelektual manusia kerana membolehkan pelbagai ilmu disebarkan dan dikongsi oleh anggota masyarakat. kemunculan universiti al-azhar sebagai pusat pengajian ilmu agama yang terkenal pula menyaksikan jumlah pelajar melayu yang belajar di kaherah semakin meningkat sejak akhir abad ke-19, dan mencapai kemuncak pada tahun 1920-an. peranan mesir sebagai pusat kegiatan intelektual tidak hanya terhad sebagai pusat penyebaran ilmu, tetapi juga meninggalkan pengaruh yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan melayu-islam. artikel ini membincangkan peranan kaherah sebagai pusat percetakan karya melayu-islam sejak tahun 1880-an sehingga tahun 1960-an. kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder. kajian ini mendapati bahawa kaherah muncul sebagai pusat percetakan karya melayu-islam yang aktif sejak tahun 1910-an, namun peranannya sebagai pusat percetakan karya melayu-islam mula merosot selepas tahun 1930-an akibat kewujudan banyak syarikat percetakan di tanah melayu selain kemudahan mendapatkan alat percetakan di singapura dan pulau pinang.
|
کلیدواژه
|
Universiti al-Azhar ,Kaherah ,Mesir ,percetakan ,karya Melayu-Islam
|
آدرس
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|