|
|
SHAYKH ABD AL-MĀLIK BIN ABDULLĀH DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT TERENGGANU PADA AKHIR ABAD KE-17 HINGGA AWAL ABAD KE-18
|
|
|
|
|
نویسنده
|
Bin Ali Abdul Karim ,Yusoff Zurita Binti Mohd ,Bin Mohd Hasanulddin
|
منبع
|
jurnal al-tamaddun - 2013 - دوره : 8 - شماره : 1 - صفحه:1 -15
|
چکیده
|
Para ulama silam telah memainkan peranan tersendiri di dalam mengembangkan ajaran islam di tanah melayu. usaha dan sumbangan mereka telah banyak mengubah cara hidup masyarakat ketika itu. keadaan yang sama telah berlaku di negeri terengganu dengan kelahiran seorang tokoh ulama silam iaitu shaykh abd al-mālik bin ‘abdullāh atau lebih masyhur dengan gelaran tok pulau manis. artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji riwayat hidup shaykh ‘abd al- mālik bin ‘abdullāh dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di terengganu pada akhir abad ke-17 sehingga awal abad ke-18 hasil daripada penyebaran ilmu islam oleh beliau. kajian yang berbentuk historiografi ini menggunakan kaedah kepustakaan dan juga kaedah temubual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan objektif di atas. hasil daripada kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati shaykh ‘abd al-mālik bin ‘abdullāh merupakan seorang tokoh ulama silam yang sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu seperti usuluddin dan fiqh serta mempunyai keperibadian yang sangat mulia. pengaruhnya dapat dilihat dalam masyarakat terengganu pada waktu itu dari pelbagai aspek iaitu terasasnya sistem pendidikan pondok, bermulanya hubungan dan kerjasama di antara pemerintah dan ulama, pelaksanaan undangundang islam dan lahirnya tradisi kesusasteraan kitab agama dalam masyarakat terengganu ketika itu.
|
کلیدواژه
|
Shaykh ‘Abd al-Mālik bin ‘Abdullāh ,Tok Pulau Manis ,pengaruh ,Masyarakat Terengganu ,abad ke-17 dan ke-18
|
آدرس
|
university of malaya, Akademi Pengajian Islam, Jabatan Fiqh dan Usul, Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Jabatan Syariah, Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Jabatan Syariah, Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Authors
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|