>
Fa   |   Ar   |   En
   TRANSFORMASI PENYIARAN TELEVISYEN MELALUI INTERNET: KAJIAN PERHUBUNGAN KEPUASAN TERHADAP PENGGUNA REMAJA  
   
نویسنده Hashim Hasrul ,Omar Bahiyah
منبع jurnal komunikasi, malaysian journal of communication - 2011 - دوره : 27 - شماره : 1 - صفحه:146 -169
چکیده    Kemunculan internet membawa banyak perubahan dalam landskap media massa. media konvensional telah beralih kepada format digital dan membentuk satu penggabungan media yang mampu menarik minat khalayak terutama golongan remaja. kajian ini memilih satu medium baru hasil dari gabungan internet dan televisyen iaitu portal stesen televisyen untuk menilai tahap kepuasan penggunaan medium tersebut dalam kalangan pengguna remaja. penilaian dibuat dengan meneroka hubungan antara kepuasan yang dicari (gs) dengan kepuasan yang diperoleh (go) bagi empat ukuran kepuasan iaitu keperluan mendapatkan maklumat, hiburan, utiliti interpersonal dan juga interaktiviti. kajian eksperimen ini juga menilai kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan terhadap dua portal televisyen; rtm sebagai stesen penyiaran awam dan tv3 sebagai stesen penyiaran swasta. hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perhubungan yang signifikan di antara kepuasan yang dicari dengan kepuasan yang diperoleh bagi keempat-empat ukuran kepuasan yang dikaji dalam kajian ini.
کلیدواژه Remaja ,transformasi ,kepuasan ,penggunaan ,internet
آدرس Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved