>
Fa   |   Ar   |   En
   MEMOBILISASIKAN PENYERTAAN LOKAL MELALUI PARTICIPATORY RURAL APPRAISAL (PRA) BAGI PENILAIAN KEPERLUAN UNTUK PEMBANGUNAN KOMUNITI  
   
نویسنده Abdullah Mohd Yusof ,Abu Bakar Rahamah Noor ,Awang Hair Abd. ,Sulehan Junaenah ,Liu Puay Ong
منبع jurnal komunikasi, malaysian journal of communication - 2011 - دوره : 27 - شماره : 1 - صفحه:170 -179
چکیده    Penyertaan adalah suatu isu penting dalam wacana pembangunan. bagi pihak yang mengajukan pembangunan, penyertaan daripada khalayak sasaran amat dikehendaki dan bagi kalangan khalayak sasaran mereka jarang diajak untuk turut serta dalam proses pembangunan dari awal lagi. pendekatan participatory rural appraisal (pra) memberi peluang kepada khalayak sasaran untuk turut sama mengambil bahagian dalam proses pembangunan. pra boleh digunakan untuk memobilisasikan penyertaan khalayak melalui komunikasi dan interaksi yang menggalakkan komuniti berkongsi pendapat, idea dan pengalaman mengenai masalah lokal, isu, keperluan, dan kepentingan mereka. pendekatan ini menekankan kepada pengetahuan tempatan dan membantu komuniti lokal untuk menilai keperluan, analisis dan merancang. oleh yang demikian, pra digunakan untuk memudahkan perkongsian maklumat, analisis dan tindakan di kalangan pihak berkepentingan. secara amnya, tujuan pra adalah untuk membolehkan pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan, komuniti lokal, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (ngo) untuk bekerjasama dalam merancang program pembangunan yang sesuai dan releven bagi sesebuah komuniti. di indonesia dan filipina misalnya, pengaplikasian pra dalam program pembangunan komuniti telah menjadi kebiasaan untuk mengukur keperluan dan keinginan komuniti desa. makalah ini membincangkan kepentingan pendekatan pra kepada kerja-kerja pembangunan, syarat-syarat perlu untuk menggunakan pendekatan ini, kelebihan pendekatan ini dan sejauh manakah pendekatan ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan komuniti di malaysia.
کلیدواژه Penyertaan ,komunikasi penyertaan ,penilaian partisipatori luar bandar ,keperluan ,pembangunan
آدرس Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved