>
Fa   |   Ar   |   En
   ANALISIS KEBERKESANAN PEMBINAAN PASUKAN (TEAM BUILDING): IMPAK KE ATAS SUMBER DAYA MANUSIA  
   
نویسنده Wan Sulaiman Wan Idros ,Mahbob Haizan Maizatul
منبع jurnal komunikasi, malaysian journal of communication - 2012 - دوره : 28 - شماره : 2 - صفحه:227 -241
چکیده    Perbincangan kajian merangkumi aspek pengurusan dan pentadbiran sumber daya manusia yang memfokuskan kepada keberkesanan pembinaan pasukan (team building) dengan matlamat untuk melahirkan kakitangan yang mahir, berinovasi, kreatif, berdaya saing dan peka terhadap keperluan organisasi. dalam konteks ini, pengkaji cuba menilai dan menganalisis keberkesanan fungsi pembinaan pasukan sumber daya manusia dengan melihat sumbangannya terhadap tiga faktor peranan utama iaitu faktor peranan berorientasikan tugas, faktor peranan berorientasikan hubungan dan faktor peranan berorientasikan kendiri. kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 150 kakitangan kumpulan sokongan di universiti kebangsaan malaysia yang dikenalpasti secara rawak sebagai responden kajian. kajian ini cuba menganalisis sejauhmanakah keberkesanan fungsi pembinaan pasukan yang dilaksanakan menjurus kepada semangat dan motivasi kerja serta kemahiran yang tinggi dalam kalangan kakitangan dan secara tidak langsung mencerminkan kedudukan dan kekukuhan aspek pengurusan sumber daya manusia. kajian ini berharap dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperkemaskan fungsi pembangunan sumber daya manusia dalam kalangan kakitangan awam.
کلیدواژه inovasi ,kreatif ,berdaya saing ,peka ,pembinaan pasukan
آدرس Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved