>
Fa   |   Ar   |   En
   Values & Ethics Towards Quality Public Delivery System of Malaysia: An Islamic Perspective  
   
نویسنده Ismail al-Qudsy Sharifah Hayaati
منبع shariah journal - 2007 - دوره : 15 - شماره : 2 - صفحه:25 -43
چکیده    Nilai dan etika adalah dua istilah yang sering digunakan sama ada dalam sektor awam, swasta mahupun korporat. ia digunakan dalam perbualan harian tanpa mengira sama ada dari golongan atasan mahupun bawahan, berjawatan tinggi mahupun rendah. namun, pemakaiannya kadang-kala tanpa kefahaman yang menyeluruh. bahkan dari sudut konsepnya juga terdapat pelbagai berbahasan khususnya antara nilai dan etika dari perspektifimoden dan islam. menjelaskan istilah ini dari sudut konsepmoden dan islam adalah sesuatu yang menjadi asas perbincangan dalam penulisan ini. pendedahan khususnya oleh pihak media tentang pelbagai bentuk keruntuhan nilai dan etika khasnya di kalangan penjawat awam seperti pecah amanah, penipuan, ketidakcekapan, kelewatan dalam sesuatu proses perkhidmatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya telah menjadi penghalang kepada keberkesanan sistem penyampaian awam di malaysia. oleh itu, penulisan ini bukan sekadar mengupas perihal konsep nilai dan etika dari perspektif,moden dan islam, tetapijuga mengupas konsep tersebut dari sudut amalannya di malaysia. penekanan utama dari aspek amalan tersebut ditumpukan kepada dua aspek iaitu kepada pembaharuan perkhidmatan awam yang meliputi aspek dasar, peraturan, pendekatan islam hadhari serta pelan integriti nasional yang menjurus kepada aspek nilai dan etika tersebutyang diistilahkan sebagai 'civil service reform'dan 'organizational policy'. amalan-amalan pentadbiran ini, dilihat sebagai mekanisme ke arah mewujudkan sistem penyampaian awam berkualiti di negara ini
آدرس university of malaya, Academy of Islamic Studies, Siasah Syar'iyyah Department, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved