>
Fa   |   Ar   |   En
   Pemegunan Enzim Urease dalam Bahan Hidrogel Metakrilat untuk Menghasilkan Membran Biosensor Urea  
   
نویسنده KHOR SOOK MEI ,LEE YOOK HENG ,AHMAD MUSA
منبع jurnal teknologi - 2006 - دوره : 45 - شماره : F - صفحه:53 -66
چکیده    Bahan hidrogel metakrilat yang disediakan secara foto–pempolimeran telah dikaji sebagai satu matriks untuk pemegunan enzim urease. tujuan utama penyediaan membran metakrilat untuk pemegunan enzim urease adalah untuk menilai sama ada membrane jenis ini boleh digunakan dalam reka bentuk biosensor urea. sifat kehidrofilikan/kehidrofobikan hidrogel dimanipulasikan melalui komposisi monomer 2–hidroksil etil metakrilat (hema) dan metil metakrilat (mma). kajian pemegunan enzim yang telah dilakukan termasuk pemegunan urease secara foto–pempolimeran, kajian larut resap urease daripada membran dan penilaian ke atas sifat keaktifan enzim yang terpegun. tiga jenis membran polimer telah dikaji, iaitu dua jenis membran yang disediakan secara foto–pempolimeran (fotohema iaitu 100% hema dan mh28, nisbah mma : hema = 2 : 8) dan juga polimer poli(2–hidroksietil metakrilat) (phema) yang boleh didapati secara komersial dan digunakan sebagai perbandingan. hasil kajian menunjukkan bahawa urease boleh di pegunkan dalam bahan hidrogel metakrilat secara foto–pempolimeran terus tanpa enzim dinyahaktifkan walaupun terdedah kepada cahaya ultra–lembayung. penggunaan komposisi mma : hema dan proses penyediaan membran secara foto–pempolimeran dapat menghasilkan sifat kehidrofilikan/kehidrofobikan bahan membran hidrogel yang dikehendaki dan seterusnya kelarutresapan enzim juga dikurangkan berbanding membran daripada phema komersial. bahan hidrogel metakrilat foto–polimer yang paling sesuai sebagai matriks pemegunan enzim urease untuk tujuan kegunaan biosensor urea ialah hidrogel mh28 yang mempunyai peratus serapan air
کلیدواژه Bahan hidrogel metakrilat; foto-pempolimeran; serapan air; hidrofilik; hidrofobik; enzim; larut resap
آدرس Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains & Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains & Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains & Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Malaysia
پست الکترونیکی yhl1000@pkrisc.cc.ukm.my
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved