|
|
Mengukur Paras Kesahsahihan Spesifikasi Z dalam Penilaian Spesifikasi Keperluan Pelajar Melalui Pendekatan Pelaksanaan Bersimbol
|
|
|
|
|
نویسنده
|
SHUKUR ZARINA ,MOHD YUSOF AHMAD RIZAL
|
منبع
|
jurnal teknologi - 2008 - دوره : 48 - شماره : D - صفحه:59 -74
|
چکیده
|
Kertas ini mengesyorkan kaedah pengukuran paras kesahsahihan spesifikasi formal perisian. pengesahsahihan dilakukan untuk memastikan spesifikasi menyatakan kelakuan program dengan tepat dan memenuhi keperluan pengguna. paras kesahsahihan ini ingin diukur khususnya untuk kegunaan guru dalam menilai spesifikasi keperluan yang disediakan oleh pelajar. pengesahsahihan dilakukan dengan menggunakan teknik pengujian, iaitu spesifikasi yang dihasilkan (oleh pelajar) dilaksanakan secara bersimbol terhadap sejumlah kes ujian yang disediakan secara bermakna dengan bantuan pelanggan (diwakili oleh guru). seterusnya output ujian dalam bentuk predikat matematik antara pelanggan (guru) dan penspesifikasi (pelajar) dibandingkan. hasil daripada perbandingan ini adalah suatu nilai numerik yang mencerminkan paras kesahsahihan spesifikasi berkaitan
|
کلیدواژه
|
Spesifikasi formal ,pengesahsahihan spesifikasi ,perlaksanaan bersimbol ,paras kesahsahihan ,ukuran kesahsahihan spesifikasi
|
آدرس
|
Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Jabatan Sains Komputer, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Jabatan Sains Komputer, Malaysia
|
پست الکترونیکی
|
zs@ftsm.ukm.my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Authors
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|