|
|
Momen Ortogon Legendre sebagai Suatu Fitur untuk Pengecaman Kedudukan Penumpang
|
|
|
|
|
نویسنده
|
CHOONG-YEUN LIONG ,MD GHANI NOR AZURA ,JEMAIN ABDUL AZIZ ,THOMPSON CHRIS
|
منبع
|
jurnal teknologi - 2008 - دوره : 48 - شماره : D - صفحه:41 -58
|
چکیده
|
Makalah ini membincangkan penggunaan momen ortogon legendre (mol) sebagai suatu fitur untuk pengelasan imej kedudukan penumpang yang tersegmen-sempurna. keupayaan mengenal pasti kedudukan penumpang dalam kenderaan adalah penting misalnya sebagai input kepada suatu sistem kereta pintar yang dapat memberikan maklumat untuk pelepasan beg udara keselamatannya. hasil kajian oleh insurance institute for highway safety di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa kedudukan relatif seseorang penumpang itu kepada beg udara adalah penting demi keselamatannya. lantaran itu kajian ini adalah suatu usaha ke arah menghasilkan satu sistem untuk pengecaman kedudukan penumpang dalam kereta. sebanyak 1283 imej daripada sepuluh kelas kedudukan penumpang yang telah disegmen-sempurna secara manual diguna dalam kajian ini dan sembilan fitur mol telah dijana untuk setiap imej menggunakan atur cara c++. fitur-fitur itu seterusnya telah dimasukkan ke dalam pakej spss dan kajian pengelasan telah dijalankan menggunakan analisis diskriminan linear fisher. analisis diskriminan linear fisher digunakan untuk memperlihatkan kepentingan dan perbezaan yang timbul di antara fitur-fitur yang diguna ke arah menerangkan kedudukan-kedudukan penumpang tersebut. pengelasan data telah dijalankan menggunakan kaedah pengesahan-silang (pengelasan keluarkan-satu) untuk memaksimumkan penyelidikan ke atas data yang ada. kaedah ini membolehkan kesemua data yang ada diguna untuk latihan, dan juga dalam pengesahan, di samping masih tetap menghasilkan suatu anggaran tak-bersandar akan keupayaan pengelas secara teritlak. hasil pengelasan yang diperoleh menunjukkan bahawa kesemua kedudukan penumpang telah dikelaskan ke dalam kelas yang sepatutnya dengan kadar kejayaan 100%. oleh itu kesimpulannya, imej yang tersegmen-sempurna itu telah didiskriminan dengan sempurna ke dalam kelas yang sepatutnya dan ini menyokong mol sebagai suatu fitur yang boleh digunakan untuk pengecaman kedudukan penumpang yang dikaji
|
کلیدواژه
|
Momen ortogon Legendre ,kelas kedudukan penumpang ,tersegmen–sempurna ,analisis diskriminan linear Fisher
|
آدرس
|
Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Pusat Pengajian Statistik, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia, Cranfield University, School of Engineering, Applied Mathematics and Computing Group, England
|
پست الکترونیکی
|
chris.thompson@cranfield.ac.uk
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Authors
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|