>
Fa   |   Ar   |   En
   Kelebihan Pemusar Udara Ram Lengkung Berbanding Ram Rata dalam Mengurangkan Emisi  
   
نویسنده SAMAT ISMAIL ,MOHD JAAFAR MOHAMMAD NAZRI
منبع jurnal teknologi - 2005 - دوره : 42 - شماره : F - صفحه:89 -106
چکیده    Enjin turbin gas digunakan secara meluas dalam bidang industri dan penerbangan. kecekapan enjin merupakan satu daripada kriteria dalam pemilihan enjin yang baik. pembakar adalah antara komponen penting dalam enjin turbin gas yang banyak diberikan perhatian oleh penyelidik dalam kajian masing-masing. pembakar yang baik boleh menghasilkan pembakaran yang sempurna dalam kadar bahan cemar yang minimum. ini dapat dicapai dengan menggunakan pemusar udara. oleh itu, dalam kajian ini uji kaji dilakukan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi pemusar udara ram lengkung berbanding ram rata dalam mengurangkan emisi. ujian-pembakaran yang dilakukan melibatkan pemusar ram lengkung dan ram rata dengan sudut pesongan ram yang berlainan. tahap penghasilan bahan cemar diukur dan dibandingkan bagi kedua-dua jenis ram, lengkung dan rata. keputusan yang diperoleh menunjukkan reka bentuk ram lengkung menghasilkan bahan cemar yang lebih rendah berbanding rama rata
کلیدواژه Pemusar Udara ,Ram Lengkung ,Ram Rata ,Emisi Nox ,Emisi CO
آدرس Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Aeronautik dan Automotif, Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Aeronautik dan Automotif, Malaysia
 
     
   
Authors
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved