>
Fa   |   Ar   |   En
   Simulasi Fabrikasi Simpangan Cetek Ultra Menggunakan Resapan Dopan daripada SOD (Spin on Dopant)  
   
نویسنده HASHIM UDA ,NIK HAMAT NIK HAZURA ,SALEHUDDIN FAUZIYAH ,AHMAD IBRAHIM ,SUTIKNO
منبع journal of engineering research and education - 2006 - دوره : 3 - - کد همایش: - صفحه:1 -16
چکیده    Pembentukan simpangan cetek ultra merupakan suatu proses yang kritikal dalam fabrikasi peranti-peranti submikron bagi teknologi litar terkamil pada masa hadapan. di dalam penulisan ini, simulasi proses bagi pembentukan simpangan cetek ultra telah dilaksanakan menggunakan perisian athena dan atlas yang terdapat di dalam pakej perisian silvaco tcad tools. dengan kelebihan tiada resapan bertingkat fana dan pencemaran logam, resapan daripada sod (spin on dopant) terdop tinggi merupakan suatu teknologi yang sesuai bagi pembentukan simpangan cetek ultra. proses resapan dan sod disimulasikan seperti model simulasi resapan dari sumber terdop oksida. fabrikasi diod juga turut disimulasikan bagi menganalisis ciri-ciri elektrik bagi simpangan ini. keputusan yang diperoleh dipaparkan dalam gambarajah dua dimensi. keputusan daripada proses simulasi mendapati simpangan cetek p+n berprestasi tinggi dengan kedalaman simpang iaitu 40nm diperoleh menggunakan resapan terma pantas b150 ke dalam silikon serta mempunyai ciri-ciri diod yang baik dengan ketumpatan arus bocor yang rendah iaitu 0.5na/cm2. simpangan cetek dengan kedalaman kurang daripada 20nm turut diperolehi tetapi kualiti diod terjejas akibat arus permukaan bocor yang tinggi.
کلیدواژه simpangan cetek ultra ,T-SUPREM4 ,Spin On Dopant ,resapan ,ULSI
آدرس Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, School of Microelectronic Engineering, Microfabrication Cleanroom, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Kejuruteraan, Jabatan Elektrik, Elektronik dan Sistem, MALAYSIA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Kejuruteraan, Jabatan Elektrik, Elektronik dan Sistem, MALAYSIA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Kejuruteraan, Jabatan Elektrik, Elektronik dan Sistem, MALAYSIA, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, School of Microelectronic Engineering, Micro Fabrication Cleanroom, MALAYSIA
 
     
   
Authors SUTIKNO
  
 
 

Copyright 2023
Islamic World Science Citation Center
All Rights Reserved